Latar Belakang

www.ciptadigital.com diterajui oleh seorang Aerostructure Engineer - Helmy Zin. Beliau yang mempunyai Ijazah Kepujian Kejuruteraan Mekanikal telah memulakan kerjaya sebagai seorang Jurutera di FORD Motor Corparation dan kini sedang berkhidmat sebagai seorang Aerostructure Engineer di sebuah syarikat pembuatan komposit kapal terbang yang terbesar di Asia Tenggara.

Sebagai seorang graduan bidang kejuruteraan, beliau Tidak pernah terlintas untuk menjalankan perniagaan Internet, apatah lagi menjalankan seminar berkaitan perniagaan Internet. Namun minat mengatasi segalanya…

From Zero to Hero… itulah kesimpulan kisah perjalanan perniagaan Internet Helmy Zin. Bermula dengan zero knowledge mengenai selok belok perniagaan internet, kini beliau telah berjaya menjalankan perniagaan internet sebenar.

Pengalaman beliau selama 2 tahun di dalam perniagaan internet ini telah banyak membantu kejayaan di dalam perniagaan internet dan seminar internet. Pendapatan yang diperolehi melalui perniagaan internet ini telah mencecah 5 angka!

Perniagaan internet adalah sesuatu yang mudah jika kita tahu caranya dan jika kita pelajari dari yang mahir. Perniagaan ini tidak memerlukan modal yang besar. Dari segi masa, perniagaan ini hanya menggunakan jumlah masa yang sedikit, dan hanya dijalankan dari meja makan di rumah.

Setelah selesai menghadiri Seminar Internet  kelolaan www.ciptadigital.com, anda akan dilengkapi dengan segala ilmu, tips, rahsia, dan panduan untuk menjalankan perniagaan internet!


 

Salam Kejayaan,

Sebelum saya meneruskan isi kandungan surat ini, saya ingin mengucapkan ribuan Terima kasih kerana meluangkan masa melawat www.ciptadigital.com.Saya selaku pengajur Seminar Internet amat berbesar hati dan mengalu-alukan dengan kedatangan anda.

Seminar Internet www.ciptadigital.com adalah gerbang pertama untuk memulakan perniagaan internet.

Sebelum saya meneruskan penulisan, saya ingin bercerita serba sedikit latar belakang saya.Sebagai seorang graduan kejuruteraan mekanikal, tidak sekali terlintas untuk terlibat di dalam perniagaan internet.Penglibatan saya di dalam perniagaan internet adalah satu kebetulan!

Tanpa memiliki pengetahuan yang mendalam di dalam perniagaan internet, saya memberanikan diri untuk mencuba. Hasilnya setelah mencuba, saya kini yakin boleh berkongsi pengalaman dan pengetahuan di dalam bidang perniagaan internet.

Diawal pembabitan saya di dalam perniagaan internet, pelbagai kesilapan telah saya lakukan.Ini berpunca kerana tiada bimbingan yang sempurna saya terima...semuanya secara 'cowboy'. Oleh yang demikian, saya akan menguraikan 14 kesilapan utama yang SERING dilakukan oleh usahawan internet. Ini akan saya ceritakan di dalam seminar itu nanti.

Perniagaan internet di Malaysia masih begitu baru. Tahukah anda kisah sebuah bank, Maybank, apabila melancarkan laman web www.maybank2u.com.my? Ianya bermula kira-kira 4 tahun lalu apabila Maybank melancarkan www.maybank2u.com.my, ramai rakyat Malaysia yang bimbang melakukan urusniaga di Internet! Namun kini www.maybank2u.com.my adalah sebahagian gaya hidup masa kini!

Perniagaan Internet sebenarnya adalah sama seperti Perniagaan Konvensional yang lain. Kedua-dua jenis perniagaan ini memerlukan asas yang kukuh jika ingin berjaya.Justeru itu, saya menasihati anda untuk membina tapak atau asas yang kukuh sebelum memulakan perniagaan internet.Di dalam seminar ini, saya akan menunjukkan bagaimana memulakan perniagaan internet dari rumah...yang mudah, murah dan menguntungkan.

Objektif Utama saya menerusi seminar ini adalah untuk Mempermudahkan dan Membimbing Sesiapa yang ingin menceburi Perniagaan Internet.Saya akan memberi tunjuk ajar bagaimana cara EFEKTIF untuk menjalankan perniagaan ini. Melalui Seminar Internet anjuran www.ciptadigital.com Cara, teknik serta rahsia yang akan dikongsikan pasti dapat menjimatkan masa dari dengan tidak mengulangi kesilapan yang sering dilakukan oleh usahawan internet yang lain.

Di samping itu, di dalam seminar ini anda akan diberikan sebuah perisian komputer untuk membina laman web.Perisian ini amat mudah digunakan.Dengan memiliki perisian membina laman web yang mudah ini, kerisauan anda bagaimana untuk membina laman web akan hilang.Perisian membina laman web ini akan diberikan PERCUMA kepada semua peserta Seminar Internet anjuran www.ciptadigital.com.

Salah satu topik yang akan saya sentuh di dalam seminar ini adalah 'Bagaimana cara mencipta laman web yang menjual'. Topik ini akan mengupas bagaimana anda harus membina laman web untuk membolehkan anda menarik pelanggan. Berkaitan dengan topik ini, saya akan menyentuh mengenai subtopik grafik, wording, font & sizing, color, background image dan banyak lagi. Tambahan kepada ini, saya akan memberikan secara PERCUMA 50 template laman web professional untuk kegunaan anda.

Bukan itu sahaja, saya juga akan menerangkan bagaimana anda boleh mencipta email akaun anda sendiri, seperti contoh marina@yourbusinessname.com.Dengan memiliki email dari akaun laman web anda sendiri, ianya pasti akan menerbitkan lebih rasa keyakinan pelanggan kepada perniagaan internet anda.

Ianya bukan hanya terhenti disini, di dalam seminar ini saya akan menerangkan cara dan teknik EFEKTIF bagaimana anda mempromosikan perniagaan internet anda. Dengan mengetahui teknik mempromosi yang EFEKTIF, anda pasti dapat menjimatkan masa dan wang dari melakukan kesilapan yang remeh. Untuk seminar internet ini, anda kan diberikan buku panduan 14 kesilapan UTAMA di dalam perniagaan Internet.

Pesanan saya kepada anda... Seminar Internet anjuran www.ciptadigital.com amat sesuai kepada individu yang ingin memulakan perniagaan internet tetapi masih kabur dengan cara memulakanya.

Semoga Kita Bertemu Di Hari Seminar!


*Walk Around *Take A Seat *Relax *Feel The Success *Enjoy The Seminar

I look forward to helping YOU make money online! :-)





..............
Helmy Zin
Chief Operating Officer

+60126556901
helmy@ciptadigital.com
helmy@venturemail.biz

ciptadigital.com (Training & Human Development Division)
venturemail.biz  (Retail Business Division)

p/s: Jika anda melihat seminar ini boleh membantu perniagaan internet anda, anda dialu-alukan untuk berkongsinya bersama teman-teman anda yang lain.Tq.






CiptaDigital.Com 2005 -2008 ALL RIGHTS RESERVED

The copyright in this website, which contains information of a proprietary nature vested in CiptaDigital.Com. The contents of this website may not be used for any purposes other than for which is has been supplied and may not be reproduced either wholly or in part, in any whatsoever, nor may it be used by, or its contents divulged to, any other person whatsoever without the prior written permission from CiptaDigital.Com Malaysia.
Next Seminar...

Hotel CITITEL MID VALLEY-KL
9.00am - 5.30pm
Penyertaan Hanya Dihadkan Kepada 30 Peserta Sahaja.


Adakah Anda Telah Bersedia Untuk Menyertai Seminar Yang Akan Membantu Perniagaan Internet Anda? Klik Disini Untuk Maklumat Lengkap
No
Internet Seminar
Date
Venue
Time
Remarks
1
CiptaDigital.Com Internet Seminar
26th October 2008 (Sunday)
Hotel Cititel MidValley KL
9.00am - 5.30pm
21 Pax
Open